Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

Kumpulan :

  • Pelaksana

Jadual Gaji :

Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Tahun (KGT)
RM928.00 RM3,375.00 RM95.00

Syarat Lantikan :

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM928.00 ] dan
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (KPSL) :

  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    • mempunyai kelayakan di atas; atau
    • lulus Peperiksaan Khas; dan
    • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas :

  • Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.

Sumber : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam