Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17

Kumpulan :

  • Pelaksana

Jadual Gaji :

Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Tahun (KGT)
RM929.00 RM3,377.00 RM95.00

Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau Perdagangan atau Akaun pada peringkat peperiksaan tersebut;
    [ Gaji Permulaan : RM929.00 ]  ATAU
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM985.13 ]  ATAU
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    [ Gaji Permulaan : RM1,154.33 ]  ATAU
  • Sijil dalam bidang Pengurusan Perniagaan atau Penyimpan Kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    [ Gaji Permulaan : RM1,379.92 ];
  • DAN Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (KPSL) :

  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbang untuk PSL ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    • mempunyai kelayakan di atas; atau
    • lulus Peperiksaan Khas; dan
    • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas :

  • Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut:
    • Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
    • Mengurus dan mengawal peruntukan.
    • Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
    • Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar.
    • Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.

Sumber : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam