Pegawai Pergigian Gred U41

Kumpulan :

  • Pengurusan & Profesional

Jadual Gaji :

Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Tahun (KGT) Elaun Kritikal
RM2,260.00 RM8,756.00 RM225.00 RM750.00

Syarat Lantikan :

  • Ijazah dalam Ilmu Pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia;
    [ Gaji Permulaan : RM2,674.20 ] atau
  • Ijazah dalam Ilmu Pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan dan telah berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia berdasarkan seksyen 12(3) Akta Pergigian 1971;
    [ Gaji Permulaan : RM2,674.20 ] dan
  • Lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas :

  • Bertanggungjawab memberi rawatan pergigian, membuat lawatan ke Pusat-pusat Kesihatan Kecil atau sekolah-sekolah, mengawas pameran kesihatan pergigian dan memberi panduan kepada kakitangan di dalam klinik.

Sumber : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam