Pegawai Penyelidik Sosial Gred N41

Kumpulan :

  • Pengurusan & Profesional

Kementerian/Jabatan:-

  • Kementerian Penerangan

Jadual Gaji :

Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Tahun (KGT)
RM2,080.00 RM9,546.00 RM225.00

Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

A) Warganegara Malaysia

B) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan; dan

C) Mempunyai kelayakan akademik seperti berikut :-

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    [ Gaji Permulaan : RM2,283.43 ] dan

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (KPSL) :

  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penyelidik Sosial adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Pegawai Penyelidik Sosial Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    • mempunyai kelayakan di atas; atau
    • lulus Peperiksaan Khas; dan
    • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas :

  • Tugas utama ialah merancang program penyelidikan termasuk mereka bentuk kajian, pengutipan dan penganalisaan maklumat serta penilaiannya, ke atas dasar-dasar dan program-program pembangunan negara.

Sumber : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam