Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41

Kumpulan :

  • Pengurusan & Profesional

Kementerian/Jabatan:-

  • Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji :

Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Tahun (KGT)
RM2,083.00 RM9,549.00 RM225.00

Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

A) Warganegara Malaysia

B) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan; dan

C) Mempunyai kelayakan akademik seperti berikut :-

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [ Gaji Permulaan : RM2,083.00 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [ Gaji Permulaan : RM2,286.57 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [ Gaji Permulaan : RM2,490.99 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [ Gaji Permulaan : RM2,797.62 ] atau
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
    [ Gaji Permulaan : RM2,797.62 ] atau
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
    [ Gaji Permulaan : RM2,899.83 ] atau
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
    [ Gaji Permulaan : RM3,002.03 ]

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu :

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (KPSL) :

  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi adalah layak dipertimbang oleh Pihak Kuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:mempunyai kelayakan di atas; atau
    • mempunyai kelayakan di atas; atau
    • lulus Peperiksaan Khas; dan
    • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas :

  • Bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan Undang-undang Koperasi, menggalakkan penubuhan koperasi, menguruskan perihal pendaftaran koperasi dan pindaan Undang-undang Kecil, menghadiri mesyuarat-mesyuarat Lembaga dan Tahunan Koperasi, melaksanakan program-program pengembangan dan penggalakan dan membantu pegawai mengawas pelaksanaan kuasa Ketua Pendaftar. Memberi khidmat bimbingan kepada koperasi dalam perkara-perkara pengurusan dan projek perniagaannya.

Sumber : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam